Blog

Kebaikkan Sacha Inci!

by in Health Tips, Organic Foods February 27, 2018

Nama Sacha Inchi kini mulai menjadi bualan dan perhatian ramai kerana ia dikatakan mampu untuk menjadi pengganti dan superfood baru untuk memberikan kesihatan yang lebih baik. Namun, masih ramai yang belum jelas mengenai apa sebenarnya ia.
Okay, jom kita kenali dahulu Sacha Inchi ini. Nama saintifiknya adalah Plukenetia Volubilis, ianya adalah tumbuhan yang tumbuh di kawasan Amerika Selatan dan juga di kawasan Caribbean. Buah ini menghasilkan biji yang besar dan boleh dimakan.

Di Peru, buah ini sangat popular dan ia dimakan sejak turun temurun dan digunakan secara tradisional. Buah Sacha Inchi ini kebiasaannya akan dipanggang bijinya sebelum dimakan. Dan minyak Sacha Inchi ini pula di ekstrak daripada biji buat tersebut untuk digunakan dalam masakan atau untuk kegunaan produk kecantikan.

 

Kebaikkan Sacha Inchi

Kini sudah ramai yang tahu, bahawa buah Sacha Inchi ini sangat bagus dan telah terbukti kebaikkannya. Antara kebaikkannya adalah :

  • Mengawal Paras Kolestrol
  • Mengawal Tekanan Darah
  • Meningkatkan Kesihatan Usus
  • Membantu Proses Pencernaan
  • Mengurangkan Berat Badan
  • Mengurangkan Masalah Jantung & Buang Pinggang

Di dalam Sacha Inchi ini mempunyai Omega 3, 6 dan 9 yang sangat tinggi. Malah ianya 17 kali ganda lebih baik berbanding minyak ikan. Jadi, adalah sangat bagus jika anda cuba dalam kehidupan anda seharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.