Blog

Buah Tunjuk Langit

by in Beauty Products, Health Tips, Organic Foods February 27, 2018

Pernah dengar tentang “Buah Tunjuk Langit“?

Sebenarnya buah ini jika dilihat atau diceritakan agak melucukan dan sedikit pelik. Tetapi itulah keunikkan buah ini dimana ianya berbuah dan menjulang ke langit. Maka dengan itu buah ini dipanggil dengan nama sebegitu.

Buah tunjuk langit ini walaupun rupa dan bentuknya sedikit pelik, tetapi ianya mengandungi 1001 khasiat yang ramai tidak tahu kebaikkannya. Nama saintifik buah ini adalah Swietenia Macrophylla atau Sky Fruit yang telah mendapat perhatian dunia sejak kebelakangan ini oleh pengkaji bioteknologi.

Dari kajian yang telah dijalankan, Buah ini mengandungi pelbagai khasiat yang sangat baik iaitu :

  • Protein
  • Vitamin B1
  • Iron
  • Vitamin D
  • Folic Acid
  • Carbohydrate
  • Vitamin A
  • Dietary Fiber
  • Potassium
  • Vitamin E
  • Calcium
  • Vitamin B6
  • Magnesium
  • Sodium
  • Vitamin B3

Malah jika dibuat perbandingan khasiat buah ini dengan mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia, ia mengandungi 3 kandungan tinggi 3 komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaholic. Di samping itu ianya juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia.

Melancarkan Darah

Bahan Flavonoids yang tinggi ada pada buah tunjuk langit ini sebenarnya mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti-pengoksidaan.

Selain dari Flavonoids, Saponins pula bertindak untuk mengurangkan lemak dan kolestrol pada dinding saluran darah bagi membantu melancarkan perjalanan darah. Dengan itu, ia akan membantu menguatkan lagi fungsi jantung dimana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah boleh berlaku.

Cuma, rasanya yang pahit dari Bitter Alkaloid ini ianya tidak disukai ramai orang untuk mengunakannya. Akan tetapi, sifat Bitter Alkaloids inilah yang membuatkan darah di dalam badan mengekang dari penularan dan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi sebab pelbagai jenis penyakit. Malah Bitter Alkaloids ini membantu membina secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Swietenia Capsul dari TyZo

Kami di HEJJA sebagai penjual sah untuk produk Swietenia Capsul dari Tyzo percaya bahawa produk yang berasaskan 100% dari Buah Tunjuk Langit ini mampu untuk membantu ramai orang yang ada masalah kesihatan.

Produk ini sudah dikenal pasti kebersihan dan pembuatannya. Jadi dengan itu Hejja mengambil peluang untuk memasarkan produk ini. Produk ini juga sudah di ubah menjadi produk yang mudah consume dalam bentuk kapsul mudah larut. Jadi anda tidak perlu risau dengan kesan pahit dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.