Hegula ialah pemanis semula jadi yang diformulasikan dengan bahan semula jadi seperti ekstrak buah miracle dan serat inulin, tanpa gula tambahan dan tanpa kalori.
Siapa yang sesuai menggunakan Hegula?
Hegula sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk mereka yang ingin mengurangkan pengambilan gula, pesakit diabetes, individu yang menjaga berat badan, serta mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Hegula sesuai untuk seisi keluarga.
Berapa banyak sukatan Hegula yang perlu digunakan?
Satu sudu kecil (0.5g) Hegula mencukupi untuk 1 cawan minuman (250ml). Anda boleh sesuaikan ikut tahap kemanisan yang diinginkan.
Adakah Hegula selamat untuk pesakit diabetes?
Ya, Hegula tidak meningkatkan paras gula dalam darah dan telah diuji formulasi melalui kerjasama penyelidikan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)dan Hegula juga telah disah mengandungi Glecemyx Load yang rendah melalui kajian Bersama UKM (Unipeq)
Adakah Hegula mengandungi kalori?
Hegula hanya mengandungi 1 kalori untuk 1 hidangan.
Apakah perbezaan Hegula dengan pemanis lain di pasaran?
Hegula adalah satu-satunya pemanis di Malaysia yang mempunyai kajian bersama universiti tempatan (UTM), mengandungi prebiotik (inulin), dan tidak mengandungi bahan sintetik atau gula tersembunyi.
Adakah produk Hejja Halal?
Ya. Produk dari Hejja mempunyai sijil pengesahan Halal dari Jakim. Namun ada beberapa produk yang masih lagi dalam proses mendapatkan sijil halal. Semua produk Hejja menggunakan bahan-bahan yang halal dan sesuai untuk pengguna Muslim.
Boleh tak saya guna Hegula untuk memasak atau membakar (baking)?
Ya boleh! Hegula sesuai digunakan dalam minuman dan juga untuk memasak serta membuat kek atau kuih yang sihat malah lebih sedap.
Adakah Hegula sesuai untuk wanita mengandung atau menyusu?
Ya, Hegula diperbuat daripada bahan semula jadi tanpa kesan sampingan, namun dinasihatkan untuk rujuk doktor jika anda ada sebarang keraguan atau keadaan kesihatan tertentu.
Cara Pembelian & Penghantaran
Bagaimana saya boleh beli produk Hejja?
Anda boleh beli terus secara atas talian melalui laman web rasmi kami, Shopee, Tiktok atau hubungi pasukan jualan kami.
Anda juga boleh dapatkan produk Hejja seperti Hegula di beberapa Farmasi persendirian berhampiran di kawasan anda.
Berapa lama masa penghantaran?
Penghantaran biasanya mengambil masa 2-5 hari bekerja bergantung kepada lokasi anda.
Adakah anda terima bayaran secara COD (Cash on Delivery)?
Ya. Kami menerima kaedah pembelian secara COD di laman web rasmi kami dan juga di marketplace official kami.
Bagaimana jika saya terima produk yang rosak atau salah?
Jangan risau. Hubungi kami dalam masa 3 hari bekerja dengan gambar sebagai bukti, dan kami akan bantu untuk penggantian atau pemulangan. Kami takkan tinggalkan anda.
Tidak menemui jawapan yang dicari? Kami akan bantu anda!
Sila hubungi kami. Kami sentiasa berbesar hati untuk membantu anda. Kami akan cuba membantu untuk berikan maklumbalas secepat mungkin. Jangan risau kami takkan tinggalkan anda.